Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saya Malu Jadi Rakyat Malaysia

Kekecohan politik yang berlaku dalam 2, 3 minggu kebelakangan ini telah membuatkan saya berasa jijik dengan Malaysia. Jika di negara-negara Timur Tengah berlaku revolusi, lain pula ceritanya di Malaysia. Isu video seks yang ‘dipanaskan’ oleh media yang belum pasti kesahihannya telah mendapat perhatian hampir seluruh rakyat Malaysia dari usia kecil hinggalah dewasa. Kalau revolusi di Mesir, Bahrain dan Syria menyebabkan berlakunya pertumpahan darah, ‘revolusi’ di Malaysia pula menyebabkan berlakunya ‘pertumpahan’ maruah.

Yang paling dirisaukan adalah nasib generasi akan datang. Media massa khususnya surat khabar dan TV dengan tidak segan silunya menyiarkan atau ‘menghighlightkan’ isu-isu panas seperti isu video seks ini. Bagaimana jika anak-anak kita yang baru nak mengenal dunia tanya mengenai ‘oral sex’? Apa ibu bapa akan jawab? Kalau ibu bapa tak dapat jawab anak-anak akan cuba mencari jawapannya sendiri di internet dan rakan-rakan mereka. Seterusnya apa yang akan terjadi? Sudah tentu mereka ingin mencuba dan kesan jangka panjangnya akan terjadilah penyakit ‘sex addiction’ di kalangan anak-anak kita.

Lebih menyayatkan hati, isu ini hangat menjadi tontonan umum sehinggakan media massa sanggup menayangkan video yang boleh dianggap sebagai kelucahan yang melampau. Seolah-olah media massa mempromosikan porno. Adakah ini mentality rakyat Malaysia? “Malaysians are sex addicted, almost every day sex video is highlighted in the TV” mungkin inilah pandangan orang asing terhadap rakyat Malaysia. Malunya kita sebagai rakyat Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam yang maju dan pernah memimpin OIC.

Di manakah realistiknya gagasan 1Malaysia kalau saling bermusuhan sesama bangsa? Secara peribadinya saya menegaskan isu ini hanya mainan politik. Namun, mengapa sungguh keji sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah rakyat Malaysia? Kerajaan telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, namun apakah hasilnya? Ke manakah hilangnya manifesto-manifesto dan janji-janji yang ditaburkan semasa PRU dulu? ‘Revolusi’ politik di Malaysia sebenarnya lebih teruk dari apa yang terjadi di Timur Tengah. Maruah kita telah diragut. Siapalah manusia kalau tiada maruah?

Bagi rakyat Malaysia yang sedar akan kepincangan yang berlaku ayuh kita sama-sama mencari jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya menyedarkan mereka yang belum sedar. Anak-anak remaja seperti saya inginkan sebuah negara yang aman dan selamat 10 tahun akan datang kerana kami ingin membesarkan anak-anak kami dalam sebuah negara Islam yang aman, selamat dan hidup bermaruah.

"MENGKRITIK bukan bererti MENENTANG, MEMUJI tidak semestinya MENYOKONG, MENEGUR tidak bermakna MEMBENCI"


Memo untuk PM:

“Sebagai rakyat Malaysia yang sedar, saya dengan penuh rasa hormatnya merayu Dato’ Seri untuk menenangkan kembali keadaan. Kami rakyat Malaysia yakin dengan kuasa pemerintahan yang ada di tangan Dato’ Seri mampu untuk menyelesaikan isu ini. Kami menyokong gagasan 1Malaysia jika ianya direalisasikan dalam bentuk yang boleh memberi manfaat kepada kami. Kami yakin Dato’ Seri tidak sanggup melihat rakyat Dato’ Seri kehilangan maruah. Isu-isu politik yang berbangkit kebelakangan ini telah sedikit sebanyak meragut maruah kami sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam khasnya. Kami berharap Dato’ Seri mengutamakan kami. Terima Kasih”

Micheal Jackson @ Mikael meninggal...

Micheal Jakson @ Mikael Meninggal Dunia


LOS ANGELES - Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation....baca lanjut


Sumber:berita harian
Tarikh:22 nov 08/sabtu

Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby a33; seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa a33; bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.


p/s:
tekejut jgk nmpk berita ni td kat berita harian....Micheal Jackson meninggal dunia pd usi 50 thn...tp Alhamdulillah beliau sempat menerima hidayah n memeluk Islam beberapa bln sebelum kematian beliau...harap pengislaman beliau menjadi pembersih kpd segala dosa n maksiat yg beliau tlh lakukn selama ni....itulah hidayah Allah...'sesungguhnya kamu tidak dpt memberi hidayah ke atas org yg kamu suka akan tetapi Allah memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendakinya' al-Qasas:56.

Ban this book


Muslim Women And The Challenge of Islamic Extremism, Prof. Noraini Uthman


Latar Belakang Buku:

Buku ini ditulis berdasarkan satu projek yang dimulakan oleh Sisters in Islam pada awal 2003. Karangan-karangan di dalam ini menceritakan pengalaman kumpulan-kumpulan wanita didalam menentang pelampau Islam.

Bab-bab adalah hasil dari penyelidikan bersama, rangkaian dan kerjasama diantara pelbagai kumpulan wanita Muslim dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.



Isi Kandungan:

Chapter 1 - Introduction: Muslim women and the challenge of political Islam and Islamic extremism by Norani Othman
Chapter 2 - Muslim women, religious extremism and the project of the Islamic state in Iran by Ziba Mir-Hosseini
Chapter 3 - The challenge of fundamentalist Muslim movements and women's rights in Egypt by Fatma Khafagy
Chapter 4 - The battle over new Indonesia: religious extremism, democratization and women's agency in a plural society by Kamala Chandrakirana and Yuniyanti Chuzaifah
Chapter 5 - Malaysia: Islamization, Muslim politics and state authoritarianism by Norani Othman, Zainah Anwar and Zaitun Mohamed Kasim
Chapter 6 - When gender is not a priority: Muslim women in Singapore and the challenges of religious fundamentalism by Suzaina Kadir
Chapter 7 - Religious extremism and its impact: the case of the Southern Philippines by Norma A. Maruhom and Fatima Pir T. Allian
Chapter 8 - The women's movement in Morocco and the project of reforming the code for Personal Status Law (Moudawana - Islamic law) by Amina Lemrini El Quahabi
Chapter 9 - Women Living Under Muslim Law (WLUML) network's understanding of religious fundamentalism and its response, Edited by Hoda Rouhana
Chapter 10 - Conclusion: Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia and the Middle East by Zainah Anwar and Norani Othman


Buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya.

p/s: larangan terhadap penerbitan buku ini adalah kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan masyarakat dan sekaligus memudaratkan umat Islam dan masyarakat.

rujuk: malaysiakini.com

11, 0642 from 303, 687


Berita Harian, 19 Jun


KUANTAN: Seramai 11,062 atau 3.64 peratus daripada 303,687 pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini terbabit dalam pelbagai kes salah laku dan disiplin dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata perangkaan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) menunjukkan pelajar terbabit melakukan 18,898 kesalahan, termasuk 6,208 kes ponteng sekolah, berambut panjang dan berpakaian tidak kemas (3,250), berkelakuan kurang sopan (3,021) dan lewat datang ke sekolah (2,089).

Katanya, jabatan mengambil serius masalah itu dan akan meningkatkan pelbagai usaha, termasuk bekerjasama dengan polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengurangkan perangkaan berkenaan....



Cuit sikit:

...11, 0642 orang pelajar dalam satu negeri terlibt dlm kes sosial dan masalh disiplin???ramainya...tu baru satu negeri, mcm ner plk klu satu negara??hmmm...tu yang direkodkan mcm ner plk yg 'off record'??apa sebabnya???sapa yg salah???makpak?cikgu?k'jaan?perlu ke tuding jari kat mana2 pihak???....tepuk dada tny selera...

Percaya@tidak

MalaysiaKini.com
Jun 17,


Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.

Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi.

Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.

Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.

"Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.

Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.

Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007.

Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam.
Renung-renungkanlah.......
p/s:
hmmmmm......betul ke fakta ni???tapi bagi saya betul @ tak bukanlah persoalannya, persoalannya sekarang sejauh mana kadar jenayah dan sosial kat negara kita pesat berkembang. Baru beberapa tahun dah makin parah kadar jenayah dan masalah sosial kat negara kita ni. Tapi apa sebabnya???mungkin inilah akibat klu al-Quran dan Sunnah dketepikan oleh pemimpin dan masyarakat...hmmm...Agak-agak apa akan terjadi pada tahun-tahun akan datang???situasi sosial anak cucu kita???sama-samalah kita renungkan...

Book Fair '09

Book Fair '09

PWTC,

22-26 April 2008


Zikr

Zikr

Wish

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Time

Date Today

Remarks

::salam perkenalan buat semua...welcome to my blog...don't hesitate to give ur comments and suggestion::

About me

Name: Mohamad Fadzli b. Shamsuddin
Nick: Palie, Avicenna
Age: 24 (09/01/85)
Country: Bagan Datoh, Perak
Status: Student

> still study at UIAM
> interested in religious related matter, social, relationship, business etc.
> active in sports & religious movement.


Contact Me

> Facebook
avicenna_852000@yahoo.com
> Yahoo Messenger
ulum_students
> MyBlog
http://fadzlisham.blogspot.com/
> E-mail
mfadzli85@gmail.com