Seronoknya Berjudi..:-)

Jom berjudi

Apa reaksi kita jika ternampak seorang Muslim yang dengan ‘selambanya’ menuju ke kaunter 4D untuk menikam nombor?Apa reaksi kita kalau ternampak beberapa orang Islam sedang bemain daun terup untuk berjudi?Sudah tentu kita ucap “Astaghfirullah”, paling tidak pun terdetik di hati kita “ish biar betul orang ni, x kan x tau judi tu haram”.

Namun, sedar atau tidak sebenarnya boleh kata setiap kita mungkin pernah terlibat dalam judi. Kenapa?tak percaya?...Mungkin ada yang membantah kenyataan ini kerana judi merupakan antara dosa yang paling besar sehingga di dalam Al-Quran sendiri Allah telah melaknat orang-orang yang berjudi:

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan maysir (judi). Katakanlah: Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya” (al-Baqarah: 219)

Judi yang kita faham adalah seperti bermain daun terup dan main teka nombor ekor. Akan tetapi, zaman telah berubah dan bermacam-macam tipu daya musuh-musuh Islam dalam memperdayakan kita. Sebenarnya judi telah di’modified’ dalam bentuk yang lebih halus. Ulama kontemporari dalam persidangan Fiqh antarabangsa menyatakan bahawa setiap permainan adalah dikira judi jika:

- Permainan itu mensyaratkan bayaran bagi yang kalah

- Mengambil harta pemain dengan risiko (belum pasti menang atau kalah)

- Hanya bergantung kepada tuah (game of luck)

- Hadiahnya adalah daripada kutipan duit penyertaan


Antara beberapa contoh permainan judi yang biasa ‘diamalkan’ dalam masyarakat kita sekarang ini ialah:

1) Cabutan bertuah

- Cabutan bertuah, secara amnya, tidak boleh dianggap sebagai judi. Ini kerana pelbagai jenis cabutan bertuah telah wujud pada masa ini.

- Cabutan bertuah jika mengenakan bayaran penyertaan atau yuran adalah dikira JUDI.

- Cabutan bertuah di pasaraya adalah dikira JUDI jika harga barangan dinaikkan disebabkan oleh pertandingan tersebut.

- Namun cabutan bertuah yang tidak mengenakan sebarang bayaran adalah harus dan dikira sebagai hadiah (contohnya: cabutan bertuah untuk pekerja, pada majlis makan malam dan seumpamanya)


2) Meletakkan hadiah untuk pemenang dalam satu permainan atau perlawanan antara dua pihak.

- Mengikut majoriti ulama, jika satu pihak meletakkan hadiah untuk pemenang maka tidak dikira sebagai judi. Ini kerana pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko kerana tidak meletakkan wang.

- Contoh: dalam perlawanan badminton antara A vs B. A menawarkan RM100 bagi pemenang. Wang RM100 tersebut adalah dikira sebagai hadiah untuk pemenang dan bukannya judi.

- Namun, jika kedua-dua pihak meletakkan hadiah bersama-sama sebagai hadiah untuk pemenang ianya dikira sebagai JUDI.

- Contoh: dalam perlawanan badminton antara A vs B. A dan B masing-masing menawarkan RM100 bagi pemenang. Wang RM200 yang terkumpul tersebut adalah dikira sebagai JUDI.


3) Mengenakan syarat bayaran bagi sebelah pihak (biasanya pihak yang kalah)

- Mengikut majoriti ulama, ianya adalah JUDI kerana wujud unsur risiko dalam permainan tersebut.

- Contoh: dalam perlawanan badminton antara A vs B, kedua-dua pihak bersetuju untuk mensyaratkan siapa yang kalah perlu membayar sewa gelanggang. Ini seolah-olah masing-masing telah mengumpulkan sejumlah wang sebagai bayaran sewaan gelanggang tersebut. Ianya adalah dikira sebagai JUDI.

- Contoh: dalam perlawanan badminton antara A vs B, kedua-dua pihak bersetuju untuk mensyaratkan siapa yang kalah perlu belanja minum atau makan atau seumpamanya. Ini seolah-olah memberi risiko kepada yang kalah. Ianya adalah dikira sebagai JUDI.


4) Mengutip yuran peserta sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.

- Persidangan ulama antarabangsa telah mengharamkan sebarang permainan yang menyediakan hadiah hasil daripada kutipan wang peserta semata-mata.

- Contoh: dalam perlawanan futsal antara 5 kolej kediaman di sebuah universiti, pihak penganjur mengutip yuran peserta yang masing-masing setiap kumpulan perlu membayar RM100. Wang yang terkumpul iaitu RM500 digunakan sebagai hadiah semata-mata. Ianya adalah dikira sebagai JUDI.

- Namun, jika wang tersebut digunakan juga untuk urusan pentadbiran maka ianya adalah harus.

- Contoh: dalam perlawanan futsal antara 5 kolej kediaman di sebuah universiti, pihak penganjur mengutip yuran peserta yang masing-masing setiap kumpulan perlu membayar RM100. Wang yang terkumpul sebanyak RM500 digunakan untuk urusan pentadbiran dan untuk hadiah peserta. Ianya adalah harus.


5) Mengutip yuran peserta dan mendapat tajaan dalam permainan

- Jika sesuatu permainan mendapat tajaan dan pada masa yang sama yuran penyertaan juga dikenakan maka sumber hadiah haruslah daripada tajaan tersebut.

- Contoh: dalam perlawanan bola sepak antara 3 kumpulan di sebuah universiti, pihak penganjur mengutip yuran peserta yang masing-masing setiap kumpulan perlu membayar RM100. Pihak penganjur juga mendapat tajaan RM500. Wang yang terkumpul daripada peserta iaitu RM300 digunakan sebagai urusan pentadbiran. Dan wang tajaan RM500 boleh digunakan sebagai hadiah.


6) Permainan atau peraduan di dalam majalah atau surat khabar

- Ianya dikira JUDI jika harga majalah atau surat khabar tersebut naik disebabkan oleh peraduan tersebut.

- Namun, jika harga majalah atau surat khabar tersebut adalah pada harga asal maka ianya adalah harus dan tidak dikira sebagai judi.


Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya yang berkaitan dengan pertandingan atau peraduan yang menjanjikan hadiah-hadiah yang lumayan. Sentiasalah rujuk kepada yang lebih arif dalam perkara-perkara seperti ini. WALLAHU A’LAM

Rujukan: buku “Riba dan Isu Kewangan Semasa”, oleh Ust. Zaharuddin Abd Rahman

0 comments:

Post a Comment

Zikr

Zikr

Wish

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Time

Date Today

Remarks

::salam perkenalan buat semua...welcome to my blog...don't hesitate to give ur comments and suggestion::

About me

Name: Mohamad Fadzli b. Shamsuddin
Nick: Palie, Avicenna
Age: 24 (09/01/85)
Country: Bagan Datoh, Perak
Status: Student

> still study at UIAM
> interested in religious related matter, social, relationship, business etc.
> active in sports & religious movement.


Contact Me

> Facebook
avicenna_852000@yahoo.com
> Yahoo Messenger
ulum_students
> MyBlog
http://fadzlisham.blogspot.com/
> E-mail
mfadzli85@gmail.com