Percaya@tidak

MalaysiaKini.com
Jun 17,


Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.

Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi.

Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.

Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.

"Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.

Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.

Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007.

Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam.
Renung-renungkanlah.......
p/s:
hmmmmm......betul ke fakta ni???tapi bagi saya betul @ tak bukanlah persoalannya, persoalannya sekarang sejauh mana kadar jenayah dan sosial kat negara kita pesat berkembang. Baru beberapa tahun dah makin parah kadar jenayah dan masalah sosial kat negara kita ni. Tapi apa sebabnya???mungkin inilah akibat klu al-Quran dan Sunnah dketepikan oleh pemimpin dan masyarakat...hmmm...Agak-agak apa akan terjadi pada tahun-tahun akan datang???situasi sosial anak cucu kita???sama-samalah kita renungkan...

0 comments:

Post a Comment

Zikr

Zikr

Wish

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Time

Date Today

Remarks

::salam perkenalan buat semua...welcome to my blog...don't hesitate to give ur comments and suggestion::

About me

Name: Mohamad Fadzli b. Shamsuddin
Nick: Palie, Avicenna
Age: 24 (09/01/85)
Country: Bagan Datoh, Perak
Status: Student

> still study at UIAM
> interested in religious related matter, social, relationship, business etc.
> active in sports & religious movement.


Contact Me

> Facebook
avicenna_852000@yahoo.com
> Yahoo Messenger
ulum_students
> MyBlog
http://fadzlisham.blogspot.com/
> E-mail
mfadzli85@gmail.com