salam...
lama x menconteng column post ni rs kekok plk...hehe...em sedar x sedar dh hari ke-27 Ramadhan harini tinggl lg 2 hari je insyaAllah kita akan berposa...Ramadhan kali ni cukup pantas berlari meninggalkn kita...mungkinkah kita akan berjupa lg??mungkinkah ini Ramadhan yg terakhir buat kita??...semuanya terserah kpd Allah...jika kita diberikn umur yg panjang maka bersyukurlah krn kita msh berpeluang utk meningkatkn amal ibadah dan msh sempat utk bertaubat, namun andai ditadkirkn nafas kita terhenti stakat ini maka itu bermakna Allah menyayangi kita krn Dia tdk mahu melihat hambaNya terjerumus ke lembah kemaksiatan dan lalai dgn keindahan dunia...sesungguhnya hanya Dialah yg tahu apa yg terbaik buat diri kita...
**dh x de idea dh ni...lgpun dh azan subuh nk p solat dl...Renung2 kan dan selamat beramal...Selamat hari raya eid al-fitr maaf zahir batin...
::Coretan Ramadhan.....
Labels: santai
Master....
Alhamdulillah...
akhirnya berjaya jgk aku melanjutkn pengajian di peringkat Master...pada mulanya mmg agak keberatan utk menyambung pelajaran....namun atas galakkan mak ayah aku mengambil keputusan utk menyambung pelajaran dlm peringkat Master...tempat pengajian yg aku pilih ialah UIAM Gombak tempat aku menghabiskan degree aku selama 3 1/2 tahun...dalam peringkat Master ni aku beralih arah ke jurusan lain...klu masa degree dl aku mengambil jurusan Bhs Arab & Kesusasteraan tetapi pd peringkat Master terasa ingin mencuba jurusan Ilmu Wahyu (Fiqh & Usul Fiqh)...Master mgkn mengambil masa selama 2-3 thn...lps tu peringkat Phd plk...klu ada rezeki insyAllah nak sambung kat oversea (bkn p single)...tp seblm tu ada plan2 lain...hehe
p/s: ni offer letter aku yg aku br je amik td...hntr application 15/4 aritu....bkn sj amik lmbat tp em biasa la ada karenah birokrasi yg x dpt dielakkn trpaksalh aku tgu slama 2 bln...ish..ish...ish...daftarnya esk...mahal plk tu...nsb baik ada fund....
::Terus Belajar Hingga Ke Liang Lahad::
Labels: santai
Cikgu oh Cikgu....
teringt masa kat sekolah dulu....mcm2 ragam cikgu kat sekolah....ada yg baik....garang....spoting...etc....
tp dlu anak2 murid suma dgr kata...baik2...hormat cikgu...x mcm murid2 sekrng ni...degil....x dgr ckp....yg lg teruk blh plk pukul cikgu...mcm ne ilmu nk berkat klu x hormat pendidik.....
Ragam guru & murid:
Labels: santai
Micheal Jackson @ Mikael meninggal...
Micheal Jakson @ Mikael Meninggal Dunia
Sumber:berita harian
Tarikh:22 nov 08/sabtu
Michael Jackson peluk Islam
LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby a33; seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa a33; bermaksud orang yang terpilih.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
p/s: tekejut jgk nmpk berita ni td kat berita harian....Micheal Jackson meninggal dunia pd usi 50 thn...tp Alhamdulillah beliau sempat menerima hidayah n memeluk Islam beberapa bln sebelum kematian beliau...harap pengislaman beliau menjadi pembersih kpd segala dosa n maksiat yg beliau tlh lakukn selama ni....itulah hidayah Allah...'sesungguhnya kamu tidak dpt memberi hidayah ke atas org yg kamu suka akan tetapi Allah memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendakinya' al-Qasas:56.
Labels: berita
Luqman Al-Hakim...
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke
dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang
tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari
himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka
orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya
sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu
bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua
orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun
dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki,
sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah
menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya
tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah
dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa
mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah
rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu
melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang
agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan
hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orangorang
yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
p/s: mmg btl apa yg Luqman ckp....manusia mmg x prnh redho @ setuju dgn apa yg kita lakukan walaupun sbnrnya perbuatan itu adalh baik...tp dlm kisah ni Luqman memberi tunjuk ajar kpd kita bagaimana utk brhadapn dgn masyarakat yg penuh ragam...itulah namanya dakwah bilhikmah...alangkah baiknya jika suma kita dpt meneladani beliau...
Labels: tazkirah
Ratu Hatiku...
Kaulah Ratuku......
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ratuku
ingin ku luahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah
ratuku
kebimbanganku ini masih menebal
apabila ku dengar
dengusan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu
ratuku
kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga
yg tak segan silu
melampiaskn kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindungimu
ratuku
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yg kulihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
ratuku
bukanlah kuharap
kau segigih siiti hawa
yang berlari-lari
antara sofa dan marwa
bukan jua sesetia ainul mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga
ratuku
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah siti khadijah
mahupun siti fatimah
engkau bukan a'isyah
bukan jua rabia'tul adawiyah
wanita suci terpuji
kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim brganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
tapi itu
hanya ujian buatmu
ratuku
esok musim bunga pasti kan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu
ratuku
aku bukanlah
memandang kecantikanmu
walaupun kadangkala aku
trtarik memandangnya
tapi
bukan itu yang ku harapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yg bisa mmbuatku terbuka hati
kerana akan kutemui
ratu yg benar-benar ratu
Sekretariat Hal Ehwal Siswi,
MPP, UPM
Labels: cintan
Rejab Kembali....
Rasulullah s.a.w bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Labels: tazkirah
Rubik's Cube???
Sebelum:
Selepas:
The mathematics of the 3x3 Cube :
As the centre pieces of each face of the Cube do not move, the total number of possible configurations is calculated by multiplying the number of possible arrangements of the corner pieces by the number of possible arrangements of edge pieces.
There are 8 corner pieces, so the number of possible arrangements equals 8! (or 8x7x6x5x4x3x2x1), which is 40320. Each corner piece has 3 different orientations, so this figure must be multiplied by 38 (3x3x3x3x3x3x3x3), which equals 6561. But when the Cube is almost complete, the number of possible moves diminishes, so the equation must be adjusted. In this case, once the second from last corner piece is placed, the last piece can have only one automatic orientation, so 6561 must be divided by 37, which is 2187. Finally, the total possible arrangements of corner pieces
40320 x 2187 = 88,179,840.
With the 12 Edge Pieces, the number of possible arrangements equals 12! (12x11x10…), which is 479,001,600. However, unlike corner pieces, it is impossible to exchange just two edge pieces, so once the third from last is placed, the remaining two can have only one possible arrangement, which means this figure must be divided by 2, leaving 239,500,800. Each edge piece has two different orientations, so this must now be multiplied by 212, which gives 6561. This figure must also be adjusted because once the third from last edge piece is placed, one of the remaining two can be reoriented but the last will always have a fixed orientation in relation to it. So 6561 must be divided by 211, which is 2048. Finally, the total possible arrangements of edge pieces
239,500,800 x 2048 = 490,497,638,400.
So the total possible arrangements of Rubik's Cube
88,179,840 x 490,497,638,400 = 43,252,003,274,489,856,000.
Or, to put it another way,
4.3 times 10 to the power of 19
Many 3×3×3 Rubik's Cube enthusiasts use a notation developed by David Singmaster to denote a sequence of moves, referred to as "Singmaster notation".[21] Its relative nature allows algorithms to be written in such a way that they can be applied regardless of which side is designated the top or how the colours are organised on a particular cube.
F (Front): the side currently facing you
B (Back): the side opposite the front
U (Up): the side above or on top of the front side
D (Down): the side opposite the top, underneath the Cube
L (Left): the side directly to the left of the front
R (Right): the side directly to the right of the front
ƒ (Front two layers): the side facing you and the corresponding middle layer
b (Back two layers): the side opposite the front and the corresponding middle layer
u (Up two layers) : the top side and the corresponding middle layer
d (Down two layers) : the bottom layer and the corresponding middle layer
l (Left two layers) : the side to the left of the front and the corresponding middle layer
r (Right two layers) : the side to the right of the front and the corresponding middle layer
x (rotate): rotate the Cube up (as in R)
y (rotate): rotate the Cube to the counter-clockwise (as in U)
z (rotate): rotate the Cube clockwise (as in F)
When a prime symbol ( ′ ) follows a letter, it denotes face counter-clockwise, while a letter without a prime symbol denotes a clockwise turn. A letter followed by a 2 (occasionally a superscript 2) denotes two turns, or a 180-degree turn. R is right side clockwise, but R' is right side counter-clockwise. The letters x, y, and z are used to indicate that the entire Cube should be turned about one of its axes. When x, y or z are primed, it is an indication that the cube must be rotated in the opposite direction. When they are squared, the cube must be rotated twice.
For methods using middle-layer turns (particularly corners-first methods) there is a generally accepted "MES" extension to the notation where letters M, E, and S denote middle layer turns. It was used e.g. in Marc Waterman's Algorithm.[22]
M (Middle): the layer between L and R, turn direction as L (top-down)
E (Equator): the layer between U and D, turn direction as D (left-right)
S (Standing): the layer between F and B, turn direction as F
The 4×4×4 and larger cubes use an extended notation to refer to the additional middle layers. Generally speaking, uppercase letters (F B U D L R) refer to the outermost portions of the cube (called faces). Lowercase letters (ƒ b u d ℓ r) refer to the inner portions of the cube (called slices). An asterisk (L*), a number in front of it (2L), or two layers in parenthesis (Lℓ), means to turn the two layers at the same time (both the inner and the outer left faces) For example: (Rr)' ℓ2 ƒ' means to turn the two rightmost layers counterclockwise, then the left inner layer twice, and then the inner front layer counterclockwise.
Labels: santai
Ban this book
Buku ini ditulis berdasarkan satu projek yang dimulakan oleh Sisters in Islam pada awal 2003. Karangan-karangan di dalam ini menceritakan pengalaman kumpulan-kumpulan wanita didalam menentang pelampau Islam.
Bab-bab adalah hasil dari penyelidikan bersama, rangkaian dan kerjasama diantara pelbagai kumpulan wanita Muslim dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Isi Kandungan:
Chapter 1 - Introduction: Muslim women and the challenge of political Islam and Islamic extremism by Norani Othman
Chapter 2 - Muslim women, religious extremism and the project of the Islamic state in Iran by Ziba Mir-Hosseini
Chapter 3 - The challenge of fundamentalist Muslim movements and women's rights in Egypt by Fatma Khafagy
Chapter 4 - The battle over new Indonesia: religious extremism, democratization and women's agency in a plural society by Kamala Chandrakirana and Yuniyanti Chuzaifah
Chapter 5 - Malaysia: Islamization, Muslim politics and state authoritarianism by Norani Othman, Zainah Anwar and Zaitun Mohamed Kasim
Chapter 6 - When gender is not a priority: Muslim women in Singapore and the challenges of religious fundamentalism by Suzaina Kadir
Chapter 7 - Religious extremism and its impact: the case of the Southern Philippines by Norma A. Maruhom and Fatima Pir T. Allian
Chapter 8 - The women's movement in Morocco and the project of reforming the code for Personal Status Law (Moudawana - Islamic law) by Amina Lemrini El Quahabi
Chapter 9 - Women Living Under Muslim Law (WLUML) network's understanding of religious fundamentalism and its response, Edited by Hoda Rouhana
Chapter 10 - Conclusion: Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia and the Middle East by Zainah Anwar and Norani Othman
Buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya.
p/s: larangan terhadap penerbitan buku ini adalah kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan masyarakat dan sekaligus memudaratkan umat Islam dan masyarakat.
rujuk: malaysiakini.com
Labels: berita
Terima Kasih Ayah...
Ayah...jasa & budimu amat kuhargai...tiada harta sebanding jasamu...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
AYAH
ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
lirik lagu Ayah oleh Ae-man
Labels: tazkirah
Hiburan waktu senggang....
...buku-buku ni sumanya best...blh wat motivasi diri & share dgn org lain...ada org kata aku suka baca buku2 berkaitan cinta (jiwang...heheh)..tp biar la apa org kata yg penting aku blh enjoy dgn bhn bacaan aku...
Labels: santai
11, 0642 from 303, 687
Berita Harian, 19 Jun
KUANTAN: Seramai 11,062 atau 3.64 peratus daripada 303,687 pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini terbabit dalam pelbagai kes salah laku dan disiplin dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata perangkaan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) menunjukkan pelajar terbabit melakukan 18,898 kesalahan, termasuk 6,208 kes ponteng sekolah, berambut panjang dan berpakaian tidak kemas (3,250), berkelakuan kurang sopan (3,021) dan lewat datang ke sekolah (2,089).
Katanya, jabatan mengambil serius masalah itu dan akan meningkatkan pelbagai usaha, termasuk bekerjasama dengan polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengurangkan perangkaan berkenaan....
Cuit sikit:
...11, 0642 orang pelajar dalam satu negeri terlibt dlm kes sosial dan masalh disiplin???ramainya...tu baru satu negeri, mcm ner plk klu satu negara??hmmm...tu yang direkodkan mcm ner plk yg 'off record'??apa sebabnya???sapa yg salah???makpak?cikgu?k'jaan?perlu ke tuding jari kat mana2 pihak???....tepuk dada tny selera...
Labels: berita
Percaya@tidak
Jun 17,
Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.
Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi.
Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.
Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.
"Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.
Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.
Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007.
Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam.
Labels: berita