JoDOh & TaKdiR

Jodoh dan Takdir


Orang kata jodoh tu ibarat menunggu bas. Kalau bas yang kita nampak tu menuju ke destinasi yang kita ingin tuju jadi kita kenalah tahan bas tu. Tapi kalau tersilap naik bas kita kenalah turun tunggu bas yang lain pulak. Macam tu lah ibaratnya jodoh. Kalau rasa-rasa macam dah sampai jodoh tu (dah rasa boleh kawin) boleh la siap sedia untuk menunggu dan menerima jodoh tu. Tapi kalau la tiba-tiba jodoh tak kesampaian kena pasrah je la dan tunggu yang lain.

Tapi betul ke analogi tu?Kalau jodoh tu macam bas maknanya kena tunggu je la sampai jodoh tu datang sendiri kan?Macam tak masuk akal je. Jodoh tu kan takdir. Takdir tu kan 'Qadar atau ketentuan Allah. Jadi tak kan nak tunggu je sampai takdir tu datang sendiri?Jadi, jom sama-sama cari jodoh..:-)


Eh jap!!…tapi…..masalah-masalah lain akan timbul pulak nanti. Lepas dah cari mesti nak kenal-kenal. Kalau nak kenal-kenal mesti kena jumpa-jumpa. Kalau dah jumpa sekali mesti nak jumpa banyak kali. Kalau tak jumpa nanti mesti rindu-rindu. Kalau dah rindu-rindu mesti nak sms-sms. Kalau dah sms-sms nanti mesti nak calling-calling. Kalau dah calling-calling mesti nak kena topap selalu. Kalau dah topap selalu mesti banyak abis duit nanti. Kalau tak calling-calling mesti merajuk. Kalau nak pujuk mesti kena bagi hadiah. Kalau nak bagi hadiah kena la keluar modal sikit. Ish…berapa banyak ‘kalau’ la...susah jugak kalau jadi macam ni…belum apa-apa dah keluar banyak modal…bala-bala...

Abis tu nak buat macam mana?dah tak tahan nak kawin ni…tapi sebelum kawin salah ke nak kenal-kenal ni?

Kenal-kenal tu tak salah sebab kita dianjurkan untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain…disebut dalam surah Al-Hujurat ayat 13: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”…tapi manusia ni kalau dah dapat betis nak peha…berapa ramai sangat yang kenal-kenal pastu kawin…paling kurang pun dah pernah keluar sama-sama tanpa mahram (dating)…kalau nak keluar sama-sama tu boleh dengan syarat ada tujuan yang baik dan kalau perempuan mesti ada mahramnya yang join sekali…

SMS-SMS je takkan tak boleh?Lagipun kat dalam Al-Quran dan Hadis mana ada cakap pasal SMS ni kan?

Boleh…suma benda boleh kat dunia ni…dalam kaedah fiqh ada disebut “asal sesuatu itu adalah harus kecuali jika ada dalil yang memberikan hukumnya”...memang la takde nas-nas daripada Al-Quran dan Hadis secara terang-terang sebut pasal SMS ni sebab masa zaman nabi belum wujud handset lagi…tapi ada satu ayat dalam surah Al-Isra’ ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”…bukan ke kalau selalu SMS tu lama-lama akan menjurus kepada benda keji ni?iyela mula-mula kononnya SMS elok-elok je pastu meleret-leret sampai yang tak sepatutnya…maklum la teknologi sekarang ni macam-macam boleh…boleh hantar gambar, suara, video macam-macam la...maklum la zaman teknologi tanpa sempadan dan batasan Shari’ah kan...yang terbaru sekarang ni ‘phone sex’ dah semakin popular di kalangan remaja...guna telefon pun boleh jugak buat benda ni...ish..ish…kalau dah selalu asyik macam ni je mesti makin lama makin mesra…kalau dah mesra tu mula la apa-apa permintaan pun dikabulkan oleh kedua-dua belah pihak ni…jiwa raga dikorbankan...nauzubillah

Susah la macam ni semua tak boleh…ni tak boleh, tu tak boleh…abis tu apa yang boleh?cer citer…cer citer!

Siapa kata semua tak boleh…Islam datang bukan sebagai penghalang tapi sebagai petunjuk…perasaan manusia adalah fitrah…yang mencipta fitrah ialah Allah...mustahil la Allah menghalang kita dari berperasaan seperti tu…ibaratnya macam pencipta kapal terbang yang menghalang kapal terbangnya daripada terbang…mestilah tak masuk akal kan?jadi, jangan la cepat melatah, fikir secara rasional...cuba renung-renungkan apa rasionalnya Islam melarang keluar berdua-duaan?apa rasionalnya Islam melarang saling berhubungan yang melampau?sudah tentu jawapannya untuk mengelakkan berlakunya zina...jadi lebih baik menghalang sebelum terlanjur…dalam kaedah fiqh disebut “sad al-zari’ah” iaitu menghalang sesuatu yang dilarang itu daripada berlaku atau dalam bahasa omputihnya “prevention is better than cure”...

Kalau susah sangat takpe la tak payah susah-susah cari pasrah je pada takdir Allah…boleh ke macam tu?

Ada ke pulak macam tu…mana boleh kita tunggu takdir je tanpa buat apa-apa tindakan…cuba rujuk surah Yusuf ayat 67: “Dan Ya'qub berkata: "Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri”…hanya Allah yang akan menentukan segala-galanya...sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita…surah Al-Baqarah ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”…yang penting kita perlu usaha+doa+tawakkal…

“Islamic love” tu boleh kan?lagipun tujuan kita bercinta adalah kerana Allah takkan tak boleh jugak?

Islamic love ni gapo??x pernah tahu pun ada dalam hadis Nabi pasal Islamic love ni…kalau cinta suami isteri lepas berkahwin ada banyak la disentuh…kalau nak tahu sebenarnya ni cuma hiasan syaitan supaya manusia menerima sesuatu yang tidak diharuskan…jadi syaitan make up la benda-benda yang tak baik ni supaya nampak baik dan diterima oleh manusia…dah jelas dalam Al-Quran surah Faatir ayat 8: “Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)?Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”….masyaAllah sungguh halus godaan syaitan ni…macam-macam cara nak goda anak adam ni....jadi, tak mustahil la kalau so called ‘ustaz’, ‘ustazah’, ‘alim’ kadang-kadang terjebak jugak dalam perkara ni…kononnya cinta kerana Allah…tapi pada realitinya kerana nafsu…memang nafsu tu perlu tapi jangan lah biarkan nafsu yang mengawal cinta tu...semua ni adalah bisikan dan hasutan syaitan seperti dalam surah An-Nas ayat 4: “Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi”.


Kalau dah dapat macam mana nak jaga?

Sebenarnya ni part yang paling senang dan yang paling susah....part ni senang sebab kalau dah masing-masing setuju dan mendapat restu family kena la cepat-cepat nikah…kalau boleh tak payah la tunang lama-lama sebab banyak godaan dan fitnah syaitan sebenarnya datang dalam tempoh tunang ni...part ni jugak yang paling susah…susah kalau belum mendapat restu family atau belum ready nak hidup bersama…macam-macam godaan boleh berlaku…perasaan cemburu, nak caring-caring, nak calling-calling, nak contact-contact, nak jumpa-jumpa makin kuat…kita tak sedar perasaan tu bukan datang dari diri kita tapi sebenarnya datang dari hasutan syaitan yang menyemarakkan lagi nafsu syahwat manusia…sedangkan yang pakai kopiah pun boleh tertanggal disebabkan godaan ni apatah lagi yang tak menutup aurat…godaan syaitan cukup halus seperti firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 120 : “Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka”…surah Faatir ayat 6: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”.

Jadi, apa kesimpulannya?

Kesimpulannya terletak pada diri masing-masing…kalau ibadah yang wajib pun tak mampu dijaga apatah lagi perkara-perkara yang semakin dianggap remeh seperti ni…yang paling penting sekali ‘self-protection’…tak payah susah-susah ambil antibiotic kat klinik…cukuplah kalau kita sebagai orang Islam menjaga solat wajib kita seperti firmannya di dalam surah Al-Ankabut ayat 45: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”…dan tingkatkan ‘self-confidence’ kepada kekuatan diri sendiri untuk melawan musuh ketat kita seperti dalam surah An-Nahl ayat 99: “Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya”…dan ‘be rational’ dalam segala tindak-tanduk…percayalah Allah tak akan membuat sesuatu itu sia-sia…mesti ada rasional di sebalik hukum-hukum Allah…dan ‘Husnu Zann’ dengan Allah seperti dalam hadis nabi yang mafhumnya bahawa sesunguhnya ‘zann’ Allah itu bergantung kepada zann hambaNya terhadapNya…maka hendaklah kita sentiasa Husnu Zann dengan takdir Allah kerana Dia yang tahu segala yang baik dan buruk seperti firmanNya di dalam surah Al-Baqarah ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”…jika kita jadikan ini sebagai asas cinta kita sesama manusia nescaya segala takdir dan ketentuan Allah kita dapat terima dengan hati yang lapang…ramai yang frust kerana putus cinta, ramai yang frust kerana putus tunang, ramai yang dah serik bercinta kerana ditipu, ramai yang takut berkahwin kerana perceraian…namun tak ramai yang menerimanya dengan hati yang terbuka, positif dan rasional…percayalah bahawa ada HIKMAH di sebalik sesuatu yang berlaku…dan ingatlah bahawa cinta yang hakiki adalah cinta Ilahi, cinta sejati adalah cinta Nabi dan cinta yang murni adalah cinta suami isteri…Wallahu a’lam

tulisan: Hafeed al-Shafie

0 comments:

Post a Comment

Zikr

Zikr

Wish

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Time

Date Today

Remarks

::salam perkenalan buat semua...welcome to my blog...don't hesitate to give ur comments and suggestion::

About me

Name: Mohamad Fadzli b. Shamsuddin
Nick: Palie, Avicenna
Age: 24 (09/01/85)
Country: Bagan Datoh, Perak
Status: Student

> still study at UIAM
> interested in religious related matter, social, relationship, business etc.
> active in sports & religious movement.


Contact Me

> Facebook
avicenna_852000@yahoo.com
> Yahoo Messenger
ulum_students
> MyBlog
http://fadzlisham.blogspot.com/
> E-mail
mfadzli85@gmail.com