Ratu Hatiku...

Kaulah Ratuku......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



ratuku
ingin ku luahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

ratuku
kebimbanganku ini masih menebal
apabila ku dengar
dengusan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu

ratuku
kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga
yg tak segan silu
melampiaskn kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindungimu

ratuku
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yg kulihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh

ratuku
bukanlah kuharap
kau segigih siiti hawa
yang berlari-lari
antara sofa dan marwa
bukan jua sesetia ainul mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga

ratuku
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah siti khadijah
mahupun siti fatimah
engkau bukan a'isyah
bukan jua rabia'tul adawiyah
wanita suci terpuji

kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pintu-pintu syurga

jangan kau risau ratuku
kadangkala musim brganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
tapi itu
hanya ujian buatmu

ratuku
esok musim bunga pasti kan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi
cuma yang kuharapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam
merosakkan serimu
kerana
kau ratu idaman kalbu

ratuku
aku bukanlah
memandang kecantikanmu
walaupun kadangkala aku
trtarik memandangnya
tapi
bukan itu yang ku harapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan
yg bisa mmbuatku terbuka hati
kerana akan kutemui
ratu yg benar-benar ratu

Sekretariat Hal Ehwal Siswi,
MPP, UPM

0 comments:

Post a Comment

Zikr

Zikr

Wish

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Time

Date Today

Remarks

::salam perkenalan buat semua...welcome to my blog...don't hesitate to give ur comments and suggestion::

About me

Name: Mohamad Fadzli b. Shamsuddin
Nick: Palie, Avicenna
Age: 24 (09/01/85)
Country: Bagan Datoh, Perak
Status: Student

> still study at UIAM
> interested in religious related matter, social, relationship, business etc.
> active in sports & religious movement.


Contact Me

> Facebook
avicenna_852000@yahoo.com
> Yahoo Messenger
ulum_students
> MyBlog
http://fadzlisham.blogspot.com/
> E-mail
mfadzli85@gmail.com